Translate

Saturday, July 11, 2015

Mengenal Chiang Mai

Chiang Mai adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai, Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara.
Geografi
Kawasan Chiang Mai dipenuhi dengan gunung-ganang yang terletak menurut hala selatan-utara. Sungai Ping, salah satu anak sungai terbesar kepada Sungai Chao Phraya berpangkal di pergunungan Chiang Dao. Gunung tertinggi Thailand, Doi Inthanon, yang berukuran 2,575 meter, terletak di Chiang Mai. Wilayah ini juga memiliki beberapa taman negara seperti Doi Inthanon, Doi Suthep-Pui, Mae Ping, Sri Lanna, Huay Nam Dang, Mae Phang, Chiang Dao.


Sejarah

Pratat Doi Suthep, sebuah kuil di Chiang Mai
Kota Chiang Mai pada suatu ketika merupakan ibu kota kerajaan Lanna selepas penubuhannya pada 1296. Pada 1599 kerajaan Lanna ditakluk oleh kerajaan Ayutthaya dan Chiang Mai diintegrasikan ke dalam kerajaan Thai.

Sebuah kedai di Bazar Malam
13.4% dari penduduk Chiang Mai adalah dari suku bangsa bukit seperti Orang Hmong, Orang Yao, Lahu, Lisu, Akha dan Orang Karen.


Simbol
Simbol wilayah    Simbol wilayah Chiang Mai terdiri daripada seekor gajah putih di atas pentas gelas yang berbumbung. Gajah putih adalah lambang diraja Thailand, dan dipaparkan dalam simbol ini intuk mengingati peristiwa di mana Raja Rama II mempersembahkan seekor gajah putih kepada raja Chiang Mai. Pentas gelas yang berbumbung pula memberi makna bahawa agama Buddha mekar di Chiang Mai terutama sekali pada tahun 1477 di mana ajaran Buddha, Tripitaka dikaji semula. Bunga dan pohon rasmi wilayah ini ialah Pokok Semarak Api (Butea monosperma).



Rute yang di Rekomendasi :
Paket Terbaik Bangkok

No comments:

Post a Comment

Hong Kong News, Thailand News

Add Friend Add Friend